Kabinet Persekutuan 2013 angkat sumpah

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini pagi semalam.

Jangan hampakan harapan rakyat

KUALA LUMPUR - Barisan baharu menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri Kabinet Persekutuan 2013 diminta tidak menghampakan harapan rakyat dan bekerja keras bagi memastikan segala Aku Janji Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini terlaksana.

Najib pengerusikan mesyuarat Kabinet

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Persekutuan 2013 di sini semalam.

Tugas berat Hishammuddin, Zahid

KUALA LUMPUR - Dua menteri yang bertukar portfolio penting untuk menjaga keselamatan awam dan negara menganggap ia satu tugas berat tetapi komited untuk melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

Kabinet baharu laksana agenda rakyat secara berkesan

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Senator Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yakin barisan Kabinet baharu mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan berkesan dalam menjaga kepentingan rakyat.

Tumpu kesedaran pencegahan awal

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan yang baharu, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mahu menumpukan kepada usaha meningkatkan kesedaran orang ramai akan pentingnya pencegahan awal yang dapat mengelakkan permasalahan lebih serius pada masa depan.

Gabungan dua kementerian untuk bidang pendidikan

KUALA LUMPUR - Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh (gambar) menyifatkan penggabungan dua kementerian di bawah satu nama sebagai amat baik dalam memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak di negara ini.

Sultan Pahang gesa henti tohmahan

PEKAN – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, segala tohmahan, pembohongan dan fitnah yang berlaku semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu perlu dihentikan segera.

10 ADUN Pahang angkat sumpah Exco

PEKAN - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pahang semalam mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.

Exco Perak dijangka angkat sumpah Sabtu ini

IPOH - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka mengangkat sumpah jawatan Sabtu ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dekat sini.

Penyatuan nasional agenda utama MPN

KUALA LUMPUR - Majlis Profesor Negara (MPN) akan mewujudkan satu kumpulan kerja untuk menjayakan penyatuan nasional sebagaimana yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Kabinet pemangkin transformasi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan barisan Kabinet baharu yang disifatkan sebagai Kabinet berimbang yang mampu menjayakan agenda transformasi nasional serta meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Pelantikan wakil MCA dalam Kabinet ditentukan kemudian

PUTRAJAYA - Kedudukan MCA dalam Kabinet akan ditentukan kemudian kerana ia melibatkan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu yang tidak menerima jawatan dalam Kabinet, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Muhyiddin anggap Kabinet mantap, dinamik

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan barisan Kabinet baharu yang diumumkan semalam sebagai mantap dan dinamik dengan gandingan pemimpin muda dan berpengalaman sejajar dengan usaha melaksanakan proses transformasi dan meningkatkan ekonomi negara.

Kabinet Malaysia 2013 Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13

Kabinet Malaysia 2013

Lagi/More