Julia jadi gadis Indo


SEBENARNYA berita pelakon cantik Julia Ziegler berlakon di Indonesia tersebar secara tak sengaja apabila teman Diva menelefon Julia untuk sesi fotografi.

Tapi kata Julia dia tak boleh memenuhi undangan tersebut sebab sedang berada di Jakarta untuk membintangi sebuah filem usaha sama Malaysia dengan Indonesia berjudul Teman Selamanya.




Cuma kata Julia, sekarang dia tengah mendalami bahasa Indonesia. "Sebab saya membawakan watak gadis Indonesia bernama Melati."

Teman Diva tanya, siapa lagi yang berlakon dalam filem tersebut? Julia beritahu filem ini turut dibintangi oleh Pierre Andre.

Mereka berganding bahu dengan pelakon hebat dari Indonesia seperti Tora Sudiro, Luna Maya dan Bunga Citra Lestari.

Diva: All the best buat Julia.