Aksi melampau di festival muzik


PARA pengunjung berpesta lumpur pada majlis penutup Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia di Kuching kelmarin.


TERCEMAR. Penutup tirai Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) ke-11 di Kampung Budaya Sarawak, Kuching malam kelmarin dicemari dengan pelbagai aksi kurang sopan para pengunjungnya.

Hujan lebat sejak petang seolah-olah memberi peluang kepada pengunjung tempatan dan luar negara bergurau senda sambil berpesta lumpur sesama mereka.

Malah dengan berpakaian menjolok mata ada antara mereka yang sempat bermadu asmara.

RWMF diperkenalkan pada 1997 dan diadakan setiap bulan Julai sebagai acara bertaraf lima bintang yang berjaya menarik ribuan pengunjung dari seluruh dunia setiap kali ia diadakan.

Berkonsepkan konsert dalam rimba yang diadakan di kawasan terbuka, RWMF menjadi landasan utama untuk memperkenalkan muzik etnik dari seluruh dunia.

Pada sambutan kali ini, sebanyak 21 kumpulan daripada 11 negara menyertai festival yang diadakan selama tiga hari bermula 11 Julai lalu.

Mungkin mereka yang beraksi kurang sopan itu ‘cuba menghayati kehidupan

di rimba’.