Rezeki guru dapat BMW 525i Sports


NORAZAH dan Selvanathan bersama-sama kereta BMW 525i Sports yang mereka menangi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sejak menjadi guru kira-kira 19 tahun lalu, Norazah Ahmad, 41, tidak pernah terbayang memiliki kereta mewah.

Namun semalam, beliau sendiri tidak menyangka akan membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta BMW 525i Sports bernilai RM391,221 hasil kemenangannya dalam promosi Petronas Malaysia Grand Prix Fever.

Katanya, kemenangannya itu ‘hadiah’ kesetiaan menggunakan minyak petrol Petronas selama ini.

“Tapi tak sangka hari ini (semalam) saya dapat kereta ini. Ia mungkin berkat doa anak-anak murid saya,” ujarnya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti Tasik Gelugor, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penyertaan promosi Petronas Malaysian Grand Prix Fever itu terbuka kepada semua pelanggan yang membuat pembelian minimum RM20 berserta penggunaan Kad Mesra dan pemenang dipilih secara rawak.

Seorang lagi pemenang, Selvanathan Ramu, 46, pula turut terkejut sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang utama bersama Norazah dan turut membawa pulang sebuah kereta BMW 525i Sports.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.