Mayat lelaki dilanggar MPV David dituntut


KERTAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Pemandu bas kedua yang terlibat dalam kemalangan di Rawang dan mengorbankan enam mangsa kelmarin direman lima hari sehingga Jumaat ini.

Fauzi Mohamad, 30, yang memandu bas tersebut ditahan kelmarin di Hospital Sungai Buloh selepas dia selesai menerima rawatan.

"Hari ini (semalam) polis mendapat perintah mahkamah bagi menahan reman Fauzi sehingga Jumaat ini," kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, mengikut pemeriksaan doktor, semasa kejadian pemandu bas itu berada dalam keadaan sihat dan sedar.

"Kita sedang menyiasat kemungkinan dia memandu di bawah pengaruh alkohol atau mengambil bahan mengkhayalkan sehingga menyebabkan dia hilang kawalan semasa memandu," katanya.

Abdul Rahim berkata, pemandu bas itu disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.