Mahu gemuk sebelum kahwin


ANNA FARIS dan Chris Pratt.


JIKA orang lain mahu menguruskan badan sebelum berkahwin, berbeza pula dengan aktres kecil molek, Anna Faris. Bintang siri filem Scary Movie ini bercadang menggemukkan badannya sebelum mengahwini aktor Chris Pratt pada penghujung tahun ini.

"Saya sedang giat menggemukkan badan saya. Lagipun Chris berbadan besar, nanti kelihatan tidak seimbang pula dengan dia ketika kami berkahwin nanti," ujarnya.


ANNA FARIS


Anna, 32, juga mengakui dia kurang gemar bersenam. "Sayalah orang yang paling malas di dunia untuk bersenam. Saya suka mendaki bukit tetapi kalau untuk bersenam, agak sukar bagi saya," ujarnya.