Sekilas catatan ringgit filem Melayu


REMPIT


INDUSTRI perfileman Melayu sudah bermula lebih enam dekad dahulu. Bermula filem terbitan tahun 1933, Laila Majnun, hinggalah Setem yang mula ditayangkan hari ini, perjalanan filem Melayu telah melalui musim jatuh dan bangunnya yang tersendiri.

Meskipun ada yang menyatakan nilai kutipan mencecah jutaan ringgit, bukanlah ukuran kebangkitan filem Malaysia, para penerbit dan pengarah filem masih mendambakan faktor kutipan di pawagam sebagai bukti penerimaan filem mereka.

Sebaik manapun sesebuah filem, jika ia tidak ditonton oleh khalayak maka segala sari pati filem itu tidak berjaya disebarkan. Apa sahaja visi pengarah tidak dikongsi bersama semua pihak.

Mengambil sekilas catatan yang diraih filem Melayu sekitar tahun 2006 sehingga fasa pertama 2009, tidak banyak judul yang mencapai keseimbangan segi pengisian kandungan dan jualan tiket di pawagam.

Lazimnya, filem yang dianggap besar dan mewah elemen seni dan nilai budaya akan menempa risiko tinggi dan akhirnya kutipan tiket yang diraih jauh meleset daripada angka yang sepatutnya.

Senario itu, boleh dianggap sebagai sindrom 'penyakit' yang sedang dihadapi perfileman tempatan. Untuk kesan jangka pendek, kesan sindrom 'penyakit' itu telah membuka ruang kepada ramai penerbit dan pengarah filem untuk mengambil pendekatan mudah, pilih tema 'pancing penonton' seperti komedi romantik, seram dan aksi jalanan sebagai genre filem yang dihasilkan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pencapaian jualan tiket pada tahun 2006 yang memperoleh RM28 juta, 2007 (RM29 juta), 2008 (RM43 juta) dan jangkaan sebanyak RM53 juta menjelang akhir 2009, catatan itu menunjukkan industri perfileman tempatan sebenarnya ada harapan yang cerah pada masa depan.

Begitu juga dengan jumlah pawagam, daripada 68 buah pawagam pada tiga tahun lalu, pada hujung tahun 2009, dijangkakan jumlah itu bertambah menjadi 100 buah pawagam.

Berikut pula beberapa judul pilihan Kosmo! terhadap filem-filem yang boleh dikategorikan sebagai filem 'sakit' dan filem 'sihat' dari tahun 2006 hingga 2009 yang boleh dijadikan rujukan.

Sakit yang dimaksudkan Kosmo! ialah daripada segi mendapatkan pulangan modal hasil jualan tiket. Filem 'sihat' pula dilihat berdasarkan nilai ringgit yang diperoleh hasil jualan tiket memberangsangkan.

INFO

TAHUN 2006

Filem ‘sakit’

Bilut

Kos: RM2.71 juta

Kutipan: RM0.34 juta

The Red Kebaya

Kos: RM2.50 juta

Kutipan: RM0.11 juta

Misi 1511

Kos: RM3.53 juta

Kutipan: RM0.04 juta

Pesona Non Grata

Kos: RM1.69 juta

Kutipan: RM0.42 juta

Filem ‘sihat’

Rem-It

Kos: RM2.26 juta

Kutipan: RM4 juta

Cicakman

Kos: RM1.81 juta

Kutipan: RM5.15 juta

TAHUN 2007

Filem ‘sakit’

1957 Hati Malaya

Kos: RM3 juta

Kutipan: RM0.316 juta

Budak Lapok

Kos: RM2.59 juta

Kutipan: RM0.161 juta

Diva

Kos: RM2.96 juta

Kutipan: RM0.302 juta

Syaitan

Kos: RM1.26 juta

Kutipan: RM0.494 juta

Filem ‘sihat’:

Jangan Pandang Belakang

Kos: RM1.71 juta

Kutipan: RM5.778 juta

Impak Maksima

Kos: RM1.53 juta

Kutipan: RM2.06 juta

TAHUN 2008

Filem ‘sakit’:

Kala Malam Bulan Mengambang

Kos: RM1.40 juta

Kutipan: RM0.554 juta

Akhirat

Kos: RM1.215 juta

Kutipan: RM0.329 juta

Sepi

Kos: RM1.50 juta

Kutipan: RM0.844 juta

Tipu Kanan Tipu Kiri

Kos: RM1.87 juta

Kutipan: RM0.540 juta

Filem ‘sihat’:

Dunia Baru The Movie

Kos: RM800 ribu

Kutipan: RM2.296 juta

Duyung

Kos: RM1.80 juta

Kutipan: RM4.676 juta

Congkak

Kos: RM1.72 juta

Kutipan: RM3.802 juta

Senario The Movie Episod 1

Kos: RM1.5 juta

Kutipan: RM4.259 juta

TAHUN 2009 (JANUARI-MEI)

Filem ‘sakit’:

Rasukan Ablasa

Kos: RM1.50 juta

Kutipan: RM0.82 juta

Sayang

Kos: Dirahsiakan oleh penerbit

Kutipan: RM0.37 juta

Filem ‘sihat’:

Geng (Animasi)

Kos: RM4 juta

Kutipan: RM6.20 juta

Jangan Tegur

Kos: RM1.6 juta

Kutipan: RM3.42 juta

Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam

Kos: RM1.5 juta

Kutipan: RM4.14 juta

(Maklumat dipetik daripada laman rasmi FINAS)