Owen mampu gegar


OWEN bakal membuat penampilan sulung bersama United musim ini.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson meramalkan penyerang barunya, Michael Owen mampu meledak banyak gol musim ini.

Owen yang diambil secara percuma dari Newcastle United terlepas empat peluang keemasan ketika aksi persaha- batan bertemu Valencia Rabu lalu.

Dalam enam aksi pramusim di Asia sebelum itu, penyerang veteran England itu telah menjaringkan empat gol.

Rekod penyerang berusia 29 tahun itu yang sering mengalami kecederaan selama empat musim di Newcastle sebe- lum ini membuatkan ramai beranggapan dia sudah melepasi zaman kemuncaknya.

Namun, bagi Ferguson, beliau tetap yakin dengan kemampuan yang dimiliki Owen.

"Owen mungkin telah melepasi fasa kemuncak dalam kariernya yang mana dia tidak mampu menyerlah pada setiap perlawanan. Tetapi dia tetap akan menjaringkan banyak gol untuk United.

"Saya sememangnya mengikuti rekod perkembangannya sepanjang dia beraksi untuk England, Liverpool dan Newcastle sebelum ini," kata Ferguson.

Ferguson turut yakin Owen dapat mengambil inspirasi daripada apa yang dilakukan Paul Scholes musim lalu apabila dia kembali daripada kecederaan dan beraksi pada final Liga Juara-Juara tatkala usianya sudah mencecah 34 tahun.

"Owen mungkin menjadi pemain paling kontroversi yang kami bawa masuk musim ini tetapi saya percaya dia akan terus mengejutkan semua pihak," jelasnya.

Ketika Ferguson menggandingkan Owen dengan Wayne Rooney sewaktu United bertemu Valencia, jurulatih kebangsaan England, Fabio Capello turut dilihat hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Sementara itu, Ferguson mengakui, beliau masih belum menentukan sama ada mahu meletakkan Ben Foster atau Tomasz Kuszczak sebagai pengganti Edwin van der Sar yang terpaksa diketepikan selama dua bulan akibat patah jari.

"Kedua-dua mereka memiliki kualiti tersendiri. Kuszczak menyelamatkan dua percubaan bahaya Valencia seperti yang dilakukannya ketika bertemu Boca Juniors minggu lepas tetapi kita akan lihat nanti," kata Ferguson.

United akan bertemu Chelsea di Wembley malam esok untuk perlawa- nan pembuka tirai Perisai Komuniti bagi musim 2009/10. - Agensi