Remaja AS keluar air mata darah


INMAN mengeluarkan air mata darah.



Keratan akhbar menunjukkan Rashida mengeluarkan air
mata darah.


ROCKWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja lelaki, Calvino Inman yang berumur 15 tahun mengeluarkan air mata darah sehingga menyebabkan doktor-doktor kebingungan kerana mereka tidak mengetahui puncanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu teori menyatakan Inman mengalami sindrom air mata darah yang dikenali sebagai Haemolacria.

"Saya dapat berasakan ia mengalir seperti air mata," katanya.

Pada satu ketika, air mata darahnya mengalir selama sejam.

Ibunya, Tammy berharap terdapat seseorang yang boleh membantu anaknya itu mengatasi masalah tersebut.

Pada 7 April lalu, Kosmo! menyiarkan laporan yang menyatakan seorang gadis di Pathna, India, Rashida Khatoon turut mengeluarkan air mata darah.