JLo tergelincir ketika menyanyi


JLo membuat aksi lompatan pada Anugerah Muzik Amerika di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Mungkin kerana terlalu asyik menyanyi, selebriti Jenifer Lopez tergelincir semasa dia membuat persembahan pada Anugerah Muzik Amerika di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebahagian penonton turut menjerit sejurus penyanyi yang popular dengan panggilan JLo itu hilang imbangan ketika dia membuat aksi lompatan.

Namun, JLo yang menyanyikan lagi Louboutins itu tangkas bangun selepas tergelincir.

Insiden itu tidak menjejaskan nyanyiannya dan dia berjaya membuat persembahan sehingga tamat.

JLo melakukan raptai tarian beberapa kali sebelum ini tetapi pastinya tidak ada manusia yang bebas daripada melakukan kesilapan.

Seorang jurucakap penyanyi itu menyatakan JLo berada dalam keadaan baik bagi meredakan kebimbangan peminat-peminatnya.

Dalam majlis itu, penyanyi sensasi Lady GaGa turut menyanyikan lagu Bad Romance manakala Whitney Houston menyanyikan lagu I Didn't Know My Own Strength dengan penuh perasaan. - Agensi