Manohara boleh jatuh derhaka


KERATAN muka depan Kosmo! 20 Februari 2010.


KUALA LUMPUR - Tindakan model Manohara Odelia Pinot beraksi mesra dengan Amil Mohede sehingga mencium lelaki tersebut boleh menyebabkan dirinya nusyuz atau derhaka kepada suami.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Ralip berkata, Manohara masih lagi isteri yang sah kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra.

Beliau berkata, sebagai isteri, Manohara perlu menjaga maruah diri dan menjauhi perlakuan yang boleh menyebabkan nusyuz terhadap suami.

"Dia wajib berada di sisi suami dan bukannya melakukan sesuatu yang memalukan. Apatah lagi masyarakat memandang aksi sebegitu tidak sopan, tidak bermaruah sementara hukumnya pula haram," katanya ketika dihubungi di sini semalam.