Tipu guna air paip


Md. Hussain (kiri) meneliti label produk minuman yang didakwa air penyejuk badan ketika serbuan di kilang pengeluarnya di Jitra semalam.


JERLUN - Seorang pengusaha di sini berjaya memperdayakan ribuan pengguna sejak tiga tahun lalu dengan menghasilkan produk minuman penyejuk badan yang sebenarnya diperbuat daripada air paip.

Teknik penghasilan produk itu amat mudah iaitu menggunakan air paip yang ditapis sebelum dicampur dengan sejenis bahan yang belum dikenal pasti dan dijual dengan harga RM1 sebotol.

Kegiatan pengusaha itu bagaimanapun dihidu pihak berkuasa sebelum premisnya di Jalan Alor Setar-Kangar di sini diserbu oleh lapan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu semalam.

Hasil siasatan mereka mendapati produk itu juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Dae- rah Kubang Pasu, Md. Hussain Lebai Yusof berkata, produk itu bukan minuman kesi- hatan tetapi hanya air minuman berasaskan air paip.