Program benci dadah di SK Lundang


SEBAHAGIAN murid yang menyertai Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah di SK Lundang, Kota Bharu baru-baru ini.


CEGAH DADAH. Kira-kira 450 murid mendapat pendedahan mengenai bahaya dadah semasa program '1 Malaysia Membanteras Dadah' sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lundang, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Pada program itu, murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan melukis poster, mewarna lukisan, mendeklamasi sajak dan menyanyikan lagu 'Kami Benci Dadah'.

Pegawai Khas (Dadah), Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu, Wan Salim Wan Ismail berkata, kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah perlu diterapkan di peringkat murid sekolah.

Katanya, penerangan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dapat memberi gambaran jelas tentang bahaya musuh nombor satu negara itu.