Bola sepak Sukma: Kedah sekadar seri

07/06/2010 12:59pm

MELAKA - Pemenang pingat gangsa di Terengganu dua tahun lalu, Kedah membuka tirai aksi Kumpulan A apabila sekadar seri 2-2 bertemu Wilayah Persekutuan dalam perlawanan pembukaan acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka 2010 di Stadium Tun Fatimah pagi tadi.

Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pula, Negeri Sembilan turut mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Johor di padang Sekolah Menengah Seri Kota.

Lima perlawanan berlangsung petang dan malam ini iaitu Selangor lwn Sabah (Stadium Hang Tuah - 4.45 ptg), Perlis lwn Perak (Stadium Tun Fatimah - 4.45 ptg), Terengganu lwn Kelantan (Sekolah Menengah Seri Kota - 4.45 ptg) dan Melaka lwn Sarawak (Stadium Hang Tuah - 8.45 mlm). - Utusan