Trend majlis perceraian di Jepun


SEORANG wanita menaiki sebuah beca untuk menuju ke rumah perceraian di Tokyo kelmarin.


TOKYO - Semakin ramai pasangan suami isteri di Jepun memilih untuk melafazkan cerai pada satu majlis perceraian di hadapan sahabat handai dan keluarga.

Majlis perceraian itu mula dianjurkan setahun lalu oleh seorang bekas jurujual, Hiroki Terai yang membina sebuah rumah besar yang dikenali sebagai rumah perceraian di bandar raya ini.

Sejak itu, kira-kira 25 pasangan memilih untuk menganjurkan majlis perceraian yang mirip majlis perkahwinan tetapi bertujuan untuk mengumumkan bahawa rumah tangga mereka telah berakhir.

Setiap pasangan dikenakan caj AS$606 (RM1,931).

Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Fuji berkata, dia mengadakan majlis perceraian itu sebagai tanda untuk memulakan hidup baru selepas bercerai dengan isterinya. - Reuters