Awang Hitam cetak wang palsu


SEBAHAGIAN wang palsu dan alatan seks yang dirampas daripada beberapa suspek pada sidang akhbar di Kajang semalam.


KAJANG Sepasukan polis tidak menduga kedatangan mereka ke sebuah rumah di Bandar Sungai Long di sini untuk meleraikan satu kes pergaduhan rupa-rupanya membongkar tembelang tiga pelajar warga Nigeria termasuk seorang wanita yang mencetak 100,000 mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) palsu.

Kegiatan yang dilakukan sejak dua bulan lalu itu terbongkar pukul 10 malam Khamis lalu sebaik polis menerima satu panggilan dari seorang wanita Nigeria berusia 23 tahun mengatakan terdapat pergaduhan bermotifkan cemburu antara dua lelaki di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, polis kemudian telah meleraikan pergaduhan antara kedua-dua lelaki itu.

Katanya, polis yang curiga kemudian telah melakukan pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi 10 bungkus mata wang AS$ yang setiap satunya mengandungi 10,000 keping kertas yang telah dan belum dicetak disembunyikan di sebuah bilik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.