Terbang dengan guna belon helium


JONATHAN TRAPPE bersedia untuk berlepas dengan menggunakan belon helium.


COLORADO - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Jonathan Trappe terbang ke udara hanya dengan menggunakan puluhan belon helium, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia yang berusia 37 tahun terbang pada ketinggian 5,486 meter.

Belon helium selalu menjadi permainan kanak-kanak dan menghiasi dewan pesta.

Trappe berlepas dengan duduk di bangku yang ditarik oleh belon helium itu dari Leon ke Colorado sejauh 160 kilometer pada awal bulan ini.

Lelaki itu melakukan penerbangan itu pada Festival Del Globo.

Trappe mengawal ketinggiannya dengan melepaskan udara pada belonnya dengan kadar kelajuan antara 28.79 kilometer hingga 80.47 kilometer sejam.

Ketika menyeberangi gurun dan gunung-ganang, Trappe melindungi dirinya dari ketinggian dan pancaran cahaya matahari dengan menggunakan bekalan oksigen dan memakai cermin mata hitam.

"Ini merupakan satu penerbangan belon yang benar-benar luar biasa.

"Saya amat teruja dengannya," katanya. - Agensi