Diskaun tol sempena Krismas

21/12/2010 1:40pm

KUALA LUMPUR - Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (Sprint) akan memberikan diskaun tol 60 sen bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong dan 20 sen di Lebuhraya Sprint dalam tempoh 24 jam mulai pukul 12.01 tengah malam hari Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi dalam satu kenyataan berkata, diskaun bersempena hari Krismas itu adalah untuk dinikmati oleh kenderaan dari semua kelas. - Bernama