Manusia Putih cipta lagu Alyah


ALYAH


WALAUPUN aksi dan gaya penampilannya selalu sahaja nampak 'panas' dan menyengat tapi kalau berjumpa dengan penyanyi genit bergaya ala-ala Lady Gaga, si Alyah tu memang pandai mengambil hati orang.

Eh, cakap pasal Alyah, Diva dah dengar single terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Judulnya sedap, Kisah Hati ciptaan komposer baru, Manusia Putih. Wah! siapakah Manusia Putih itu ye, kalau berani tunjukkanlah muka atau nama sebenar berserta nombor kad pengenalan sekali. Diva gurau je!

Diva cuma nak kata melodi single Alyah kali ini sedap. Bukan macam lagu Bisu yang Diva rasa nak berjoget. Rentak baladanya buat Diva hendak menangis.

Risik punya risik, Diva dapat tahu bahawa lagu berkenaan sudah enam bulan terperap dalam fail beberapa orang penyanyi terkenal negara.

Memandangkan si komposernya budak baru, dia tak sanggup tunggu lama lantas lagu itu disuakan kepada Alyah yang kebetulan tengah cari bahan baru. Tup-tup, dah jadi single terbaru Alyah.

Terperap pun terperaplah, lepas ni janganlah keluar pula isu berebut lagu atau menuding jari kata Alyah ambil lagu orang lain pula. Diva dah penat nak layan isu remeh-temeh macam tu.

Diva: Berangan nak jumpa bintang cun Korea sempena Parti DiGi Live K-pop 2011 pada 13 Januari nanti di Stadium Negara.