Pertandingan melucukan di Internet




LONDON - Satu pertandingan menghasilkan semula gambar semasa zaman kanak-kanak mencetuskan sensasi di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penulis blog, Ze Frank meminta para pembaca blognya supaya menghasilkan semula gambar zaman kanak-kanak mereka.

Hasilnya, dia menerima beratus-ratus gambar melucukan yang disiarkan di laman webnya, www.zefrank.com.

Antara gambar yang popular termasuk seorang lelaki yang 'menghidupkan' semula saat-saat dia tidur meniarap di riba ibunya. - Agensi