Ana Raffali terpaksa batalkan chat Utusan Online

16/01/2011 3:48pm

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan komposer yang baru memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-25 baru-baru ini, Ana Raffali terpaksa membatalkan sesi chat bersama Utusan Online yang dijadualkan ke udara malam esok kerana kematian neneknya.

Ana ketika dihubungi berkata, beliau meminta maaf di atas pembatalan tersebut kerana beliau perlu menghadiri majlis tahlil yang diadakan di kampungnya di Temerloh, Pahang.

Allahyarham Zaleha Ariffin, 76 meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini, malam tadi. - Utusan