Rumah berkembar dijual murah


SEBUAH pencawang elektrik dekat dengan pintu sebuah banglo yang dijual murah di Hastings, Britain.


HASTINGS, Britain Sebuah rumah banglo tepi pantai dijual pada harga yang terlalu murah kerana kediaman itu berada bersebelahan dengan pencawang elektrik, lapor sebuah akhbar semalam.

Lima kabel elektrik melintasi bumbung rumah berkenaan yang terletak di sini, England.

Rumah itu dijual pada harga 99,950 (RM488,779) walaupun harga sebenar rumah banglo itu di pasaran ialah 250,000 (RM759,000).

Rumah itu terletak berhampiran pusat bandar, stesen kereta api dan sekolah selain dilengkapi sistem pemanasan serta pemandangan yang indah di tepi pantai. Agensi