Tragis kematian dua beranak


ANAK panah menunjukkan lokasi Man Lin terjatuh.


SERI KEMBANGAN Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menemui ajal secara tragis apabila dia tercampak dari tingkat enam ketika berada dalam dukungan ibunya dalam kejadian di Jalan SK 6/1, Pangsapuri Aman di sini semalam.

Kejadian pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan kanak-kanak tersebut, Chong Man Lin, 5, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Lebih memilukan, ibu kanak-kanak itu, Tan Lee Eng, 35, yang disyaki menghidap penyakit mental turut menemui ajal tidak berapa lama kemudian selepas dia terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri sama.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.