Lelaki temui ajal ketika amuk


ANGGOTA bomba membawa Abdul Rahim yang cedera selepas ditetak di kepala dengan parang.


BAHAU Tindakan seorang pesakit mental menetak seorang anggota polis selepas berang dengan arahan penguat kuasa itu yang memintanya bertenang memakan diri apabila dia mati ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Chempaka di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.15 petang itu mengakibatkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an maut di tempat kejadian selepas tembakan yang dilepaskan oleh salah seorang daripada empat anggota polis yang berkawal ke rumah mangsa mengenai pipinya.

Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki berkenaan telah dipujuk supaya bertenang oleh empat anggota polis berkenaan selepas mengamuk lebih tiga jam.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian itu, seorang anggota, Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam pasukan polis cedera selepas kepalanya ditetak berkali-kali dengan parang oleh lelaki tersebut.

Katanya, polis sebelum itu menerima panggilan daripada ibu lelaki berkenaan pada pukul 2 petang memaklumkan anaknya sedang mengamuk.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.