Replika kereta diperbuat daripada tanah liat


SEORANG lelaki melihat sebuah replika kereta yang diperbuat daripada tanah liat di sebatang jalan raya di London semalam.


LONDON - Sebuah replika kereta Chevrolet saiz sebenar yang diperbuat daripada 1.5 tan tanah liat dipamerkan di daerah Clerkenwell di sini, lapor sebuah akhbar di sini semalam.

Replika model yang menelan belanja £6,000 (RM29,417) itu dibuat sempena pelancaran kereta model baru, Chevrolet Orlando yang memiliki tujuh tempat duduk.

Sebanyak lapan orang pengukir bertungkus-lumus menyiapkan ukiran kereta tersebut dalam tempoh dua minggu. - Agensi