Misteri kematian 'Konstabel Zorro'


Kuarters di tingkat sembilan (dalam bulatan) Balai Polis Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur tempat seorang konstabel ditemui mati semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di kuarters Balai Polis Salak Selatan Baru di Salak Selatan di sini semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi itu disedari oleh seorang jiran yang tinggal bersebelahan kuarters didiami mangsa selepas mendengar bunyi satu das tembakan.

Curiga dengan bunyi itu, jiran yang panik secara kebetulan terserempak dengan kakak anggota polis itu yang dalam perjalanan ke tingkat sembilan untuk berjumpa mangsa yang masih bujang dan tinggal seorang diri di kuarters itu.

Kakak mangsa dan beberapa anggota polis di balai itu terpaksa memecah masuk ke dalam kuarters itu kerana ia berkunci dari dalam.

Sebaik berjaya memasuki kuarters mangsa, kakak mangsa terkejut menemui adiknya yang berusia 23 tahun sudah tidak bernyawa dengan kesan tembakan di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan seorang anggota polis berpangkat Konstabel ditemui mati dalam keadaan berseluar pendek, tertiarap dan berlumuran darah di kuarter Balai Polis Salak Selatan Baru.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.