Kes kemalangan maut motosikal menurun

21/04/2011 5:25pm

KUALA LUMPUR - Kes kemalangan maut membabitkan pembonceng dan penunggang motosikal menurun 31 kes tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Katanya, kes kemalangan maut membabitkan golongan itu tahun lepas ialah 4,036 berbanding 4,067 pada 2009.

"Penurunan itu adalah hasil kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang giat dijalankan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen advokasi keselamatan jalan raya dan program ke arah 100,000 pemasangan tali keledar belakang anjuran JKJR dan Perodua di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, hari ini. - Bernama