Adiwira lindungi pelacur di New York


(kiri) SHADE dan (kanan) ZERO


NEW YORK - Beberapa orang yang memakai pelbagai kostum yang menunjukkan mereka adiwira mengiklankan perkhidmatan di laman Criagslist di Internet untuk melindungi pelacur daripada dibunuh oleh pembunuh bersiri di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan adiwira itu yang menggelarkan diri sebagai Inisiatif New York (NYI) menganggap diri mereka mahir dalam seni mempertahankan diri.

Tawaran itu dibuat selepas satu siri pembunuhan pelacur bermula pada Disember lalu dengan kehilangan Shannan Gibert berusia 24 tahun.

Sehingga kini, mayatnya masih belum ditemui tetapi 10 mayat pelacur lain telah ditemui termasuk Maureen Brainard-Barnes, 25, Melissa Barthelemy, 24, dan Amber Lynn Costello, 27.

Sebahagian mayat yang ditemui itu dibuang di belukar di pantai selatan Long Island, New York. Semua mayat dijerut dan dimasukkan ke dalam guni.

Kumpulan adiwira itu akan memakai kostum seperti watak wira super dalam komik dan filem. Antara anggota kumpulan tersebut ialah Shade dan Zero. - Agensi