Geng Adi Relau tumpas

27/05/2011 4:29pm

NIBONG TEBAL - Polis menumpaskan sindiket curi motosikal selepas menahan tiga lelaki termasuk seorang pelajar sekolah dalam satu operasi khas pada 23 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, tiga lelaki berusia antara 16 dan 32 tahun yang ditahan itu adalah anggota geng Adi Relau dan bergerak aktif mencuri motosikal di sekitar Seberang Perai Selatan; Bandar Baharu, Kedah; dan Parit Buntar, Perak.

"Dalam operasi itu, kita tahan seorang pelajar sekolah dan rakannya berusia 21 tahun di Sungai Acheh dan hasil soal siasat, polis menahan ketua mereka yang berusia 32 tahun di sebuah bengkel motosikal di Relau,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama