Gelaran Eropah keempat Barca


PARA pemain Barcelona bersorak gembira selepas menewaskan Manchester United 3-1 untuk menjuarai Liga Juara-Juara di Stadium Wembley awal pagi semalam.


LONDON - Jurulatih Barce- lona, Pep Guardiola mengakui, beliau berasa sangat bertuah kerana memiliki ramai pemain berstatus bintang dalam pasukan itu.

Pada 1992 lalu, Gu- ardiola yang ketika itu masih bergelar pemain, meraikan kejayaan di Stadium Wembley apabila membantu Barcelona memenangi trofi Piala Eropah yang pertama.

Pengendali berusia 40 tahun itu sekali lagi menjadi perancang utama yang membantu Barcelona menewaskan Manchester United 3-1 pada final Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Kejayaan merangkul trofi paling berprestij di Eropah itu adalah yang kedua buat Guardiola dan keempat untuk Barcelona.

Begitupun, Guardiola enggan menerima pujian yang tinggi, sebaliknya menganggap kejayaan itu hadir atas usaha serta kesungguhan para pemain.

"Saya berasa sangat bertuah kerana memiliki pemain- pemain seperti yang hebat, terutamanya Lionel Messi, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta," kata Guardiola.

"Saya tidak rasa seperti saya adalah bos mereka. Semua pemain telah bekerja keras bagi mencapai kejayaan ini dan saya ucapkan tahniah kepada mereka."

Pada aksi awal pagi semalam, tiga gol skuad The Catalan hadir menerusi jari- ngan Pedro minit ke-27, Lionel Messi (54) dan David Villa (69), manakala United memperoleh gol sagu hati mene- rusi Wayne Rooney (34).

Tambah Guardiola, beliau berasa puas selepas menyaksikan peningkatan yang dipamerkan anak-anak buahnya berbanding pada aksi final di Rom, Itali dua tahun lalu.

"Apabila saya ingat kembali corak permainan kami (Barcelona) ketika aksi final di Rom dua tahun lalu, saya merasakan persembahan kami kali ini sangat menakjubkan.

"Namun apa yang kami raih kali ini tidaklah semudah yang disangka. Ia terhasil disebabkan kerja keras kami untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang," tambah Guardiola. - Reuters