Karnival Jom Mai Pasar Kampung Pandan


BURHANUDDIN (kanan) dan Muszaki (dua dari kanan) melihat produk yang dijual semasa majlis penutup Karnival Jom Mai Pasar di Kampung Pandan dekat Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Persatuan Peniaga Pasar dan Pusat Penjaja telah menganjurkan karnival Jom Mai Pasar Kampung Pandan di Ampang baru-baru ini.

Pengarah program karnival, Muhamad Muszaki Mohd. Ozir berkata, karnival tiga hari yang berakhir 5 Jun lalu merupakan usaha memperkenalkan pasar Kampung Pandan selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di sekitar kawasan itu.

"Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan futsal, ping pong dan basikal. Pertandingan futsal bertujuan untuk mencari pasukan untuk menyertai Liga Sukan anjuran Majlis Belia Parlimen Titiwangsa pada pertengahan Julai ini," katanya baru-baru ini.

Karnival itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Kuala Lumpur, Burhanuddin Daud. Ia turut diserikan dengan penyertaan beberapa agensi kerajaan dan swasta.