Pelajar maut tak sempat hadiri konvokesyen


ORANG ramai melihat mayat dan motosikal Mohd. Sabri yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2 Wakaf Bharu-Tumpat berhampiran Kampung Morak, Tumpat kelmarin.


TUMPAT Seorang pelajar Universiti Darul Iman Malaysia, Kuala Terengganu tidak sempat menghadiri majlis konvokesyen pada bulan depan selepas maut dalam kemalangan di Kilometer 2, Wakaf Bharu-Tumpat berhampiran Kampung Morak dekat sini kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Sabri Zakaria (gambar kecil), 21, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Hutan Batu, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta menyebabkan mangsa terbabas ke laluan bertentangan lalu dirempuh sebuah van.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.