Rais menang saman terhadap penulis blog

04/07/2011 7:31pm

KUALA LUMPUR Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.

"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah, katanya.

Hakim Zabariah menetapkan esok untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi. Bernama