Karnival KKBB dapat sambutan


BEBERAPA pengunjung tertarik melihat demonstrasi membuat kek pada Karnival Mesra Komuniti di George Town baru-baru ini.


KONGSI MAKLUMAT. Karnival Mesra Komuniti anjuran Kolej Komuniti Bayan Baru (KKBB), Pulau Pinang baru-baru ini mencapai matlamatnya apabila dihadiri lebih 2,000 pengunjung.

Karnival yang berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra di Air Itam itu telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Muhamad Yusoff Wazir.

Menurut pegawai penyelarasnya, Mohd. Zairulniza Jalaudin, karnival tersebut bertujuan mendekatkan orang ramai khususnya masyarakat setempat serta menghebahkan program-program pengajian yang ditawarkan kolej itu.

"KKBB menyediakan pelbagai program kemahiran kepada para belia secara sepenuh masa dan juga kepada orang ramai menerusi kelas kemahiran sambilan seperti masakan, jahitan, pemasangan elektrik dan kelas komputer," ujarnya.