Usahawan tani Perak terima motosikal roda tiga


BADRUDDIN (kiri) bergambar bersama dua usahawan tani yang menerima motosikal roda tiga di Gopeng baru-baru ini.


BANTU. Seramai 11 usahawan tani Perak menerima motosikal roda tiga daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Terminal Agribisnes Negara (Teman), Gopeng baru-baru ini.

Motosikal roda tiga yang bertujuan memudahkan usahawan tani mengangkut hasil pertanian disampaikan oleh Pengerusi FAMA, Datuk Badruddin Amiruldin.

Badruddin berharap usahawan tani terbabit mengambil inisiatif menjadi peraih mengutip hasil pertanian yang ditanam secara kecil-kecilan di sekitar kampung mereka.