Pendaftaran biometrik lancar


PEGAWAI Jabatan Imigresen merekodkan pendaftaran biometrik pekerja asing yang sah di Jabatan Imigresen Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR – Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah bermula semalam dan berjalan lancar di Jabatan Imigresen seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, program yang akan berlangsung selama dua minggu itu memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat besar yang mempunyai jumlah pekerja melebihi 500 orang mendaftar awal.

“Dengan biometrik ini, Jabatan Imigresen berupaya mengenal pasti dengan tepat pekerja asing yang sah dan yang telah lari daripada majikan termasuk mereka yang telah membuang dokumen pengenalan diri sedia ada dan menukar dengan dokumen baharu dengan identiti yang berbeza.

“Melalui teknologi ini, kita dapat mengumpulkan semua maklumat mengenai setiap individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris mata atau cap jari dan maklumat lain yang biasanya terkandung dalam teknologi ini termasuk nama penuh, nama ibu bapa, alamat, pekerjaan, kerakyatan dan jenis darah individu tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Program pendaftaran biometrik akan berlangsung sehingga 31 Julai ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.