Kumpulan berhaluan kanan bukan ancaman - Risikan

OSLO - Pihak risikan Norway tidak pernah melihat kumpulan berhaluan kanan sebagai satu ancaman serius, sebaliknya lebih bimbangkan serangan daripada ektremis Islam, jelas satu laporan rasmi penilaian ancaman Norway baru-baru ini. Sebaik sahaja serangan bom dan tembakan rambang berlaku, spekulasi penglibatan Norway dalam kempen tentera Barat di Afghanistan dan Libya menjadi puncanya terus timbul.

Namun, selepas seorang lelaki Norway berusia 32 tahun, Anders Behring Breivik yang disifatkan sebagai fundamentalis Kristian dengan fahaman politik kanan ditahan, fokus itu beralih arah. Breivik yang berketinggian hampir enam kaki dan berambut perang kini sedang disoal-siasat oleh polis. Dia cedera apabila ditahan di pulau Utoeya selepas menembak sekumpulan remaja di sana. - AFP