Pelancaran perkhidmatan Bas Klinik Bergerak


ALBERT LEE (enam dari kiri) bergambar bersama doktor dan tabib Cina yang memberi rawatan percuma melalui Bas Klinik Bergerak di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru baru-baru ini.


PERCUMA. Masyarakat pelbagai kaum di negeri Johor boleh menikmati rawatan perubatan percuma melalui perkhidmatan Bas Klinik Bergerak kelolaan Persatuan Kebajikan Xing Yun Johor yang dilancarkan di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru baru-baru ini. Lebih menarik, rawatan tersebut dikendalikan oleh 21 doktor dan tabib Cina secara sukarela di lokasi-lokasi terpilih terutama di sekitar Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, kawasan berhampiran dan juga di seluruh negeri itu.

Antara rawatan yang ditawarkan adalah perubatan tradisional Cina, akupuntur, herba Cina dan ubatan moden.

Pengerusi persatuan tersebut, Albert Lee berkata, perkhidmatan bas tersebut membabitkan kos sebanyak RM320,000 dengan matlamat utama adalah memberi perkhidmatan percuma kepada masyarakat pelbagai kaum secara percuma.