ILP Kuala Terengganu johan acara bola sepak SISEM


PEMAIN pasukan bola sepak ILP Kuala Terengganu meraikan kejayaan selepas menjuarai SISEM ke-11 di ILP Pedas, Negeri Sembilan baru-baru ini.


JOHAN. Pasukan bola sepak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu muncul johan acara bola sepak pada kejohanan Sukan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia SeMalaysia (SISEM) ke-11 selepas menewaskan pasukan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat menerusi sepakan penalti 9-8 pada perlawanan akhir di ILP Pedas, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Penentuan johan terpaksa dilakukan dengan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan itu terikat dengan keputusan 1-1 selepas tamat masa tambahan.

Antara sukan lain yang dipertandingkan pada SISEM yang berlangsung selama enam hari itu ialah bola tampar lelaki dan perempuan, bola jaring, tari tali, badminton, boling dan tenis.

Menurut Ketua Kontinjen ILP Kuala Terengganu, Mohamad Shamsul Rizal, pasukan boling ILP Kuala Terengganu pula muncul sebagai naib johan kejohanan tersebut.