FAM patut ada pakar taktikal

MENTERI Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyokong sepenuhnya cadangan pelbagai pihak supaya menggunakan khidmat pakar taktikal bagi memantapkan corak permainan skuad bola sepak kebangsaan, lapor NAN HIDAYAT NAN AZMIE.

Menurut beliau, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya menerima cadangan itu dengan hati yang terbuka memandangkan ia telah lama dipraktikkan oleh mana- mana skuad bola sepak negara lain termasuk dari benua Asia sendiri.

"Saya rasa ia (khidmat pakar taktikal) satu cadangan yang bagus dan perlu diterima oleh FAM memandangkan pemain kita-rata-ratanya masih muda.

"Apa pun terpulang kepada FAM untuk membuat keputusan, penda- pat saya ia (pakar taktikal) telah lama diamalkan oleh pasukan-pasukan negara lain bagi memantap- kan pasukan masing-masing," kata- nya di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan yang menggesa skuad kebangsaan supaya menggunakan khidmat pakar taktikal bagi membantu jurulatih, Datuk K. Rajagobal dalam aspek taktikal,

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata, peminat tempatan juga dinasihatkan supaya lebih bersikap profesional serta berterusan menyokong skuad kebangsaan meskipun telah tersingkir pada Kelayakan Piala Dunia 2014.

"'Abang' telah tewas tetapi perjuangan 'adik' (skuad Olimpik) masih ada lagi. Kita jangan putus hara- pan dan sentiasa menyokong skuad kebangsaan.

"Penyokong juga perlu profesional termasuk menghormati pasukan lawan kerana apa juga tindakan negatif penonton di tempat sendiri pastinya akan merugikan kita," katanya.

Ahmad Shabery berkata, pihaknya juga sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak polis supaya menempatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di kalangan penonton berbanding hanya berkawal di tepi pa- dang bagi menjamin aspek kesela- matan.

"Jika FRU duduk sama-sama penonton, mereka yang cuba membuat onar juga akan berfikir dua tiga kali.

"Jadi saya percaya ia mampu me- ningkatkan lagi aspek keselamatan di dalam stadium," kata Ahmad Shabery lagi.