Ustaz liwat pelajar ditahan

11/08/2011 6:50pm

KUALA TERENGGANU - Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.

Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di rumahnya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata, penahanan suspek dilakukan ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, di Balai Polis Batu Rakit petang semalam yang mendakwa telah diliwat oleh ustaz terbabit.

"Guru berusia 42 tahun itu telah berkahwin, dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lepas di kuarters perguruan sekolah berkenaan yang bersebelahan dengan asrama putera yang dihuni mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini. - Bernama