BSN penaja rasmi Maraton Malam Putrajaya 2011


HASSAN ketika mengumumkan peranan BSN sebagai penaja rasmi
Maraton Malam Putrajaya 2011.


SESUAI dengan slogannya ‘Bank Komuniti Anda’, Bank Simpanan Nasional (BSN) kini tampil seba- gai penaja rasmi Maraton Malam Putrajaya (MMP) 2011.

Menerusi penajaan tersebut, BSN yakin matlamat mereka untuk mendekatkan diri dengan masyarakat berbilang kaum dan latar belakang akan tercapai.

Penglibatan dalam acara sukan seperti itu khusunya Maraton Malam Putrajaya, dilihat sebagai kekuatan kepada mereka untuk mengukuhkan lagi jenama dalam kalangan masyarakat setempat.

MMP 2011 dijadualkan berlangsung pada 15 Oktober depan.

BSN sentiasa memainkan peranan untuk membantu rakyat tempatan meningkatkan gaya hidup mereka dengan mempromosikan budaya menabung serta berjimat cermat dalam kalangan mereka.

Selain itu, BSN juga menyedia- kan pelbagai kemudahan mesra rakyat yang kesemuanya terarah kepada gaya hidup berjimat cermat.

Penglibatan mereka dengan MMP 2011 merupakan langkah pertama terhadap perancangan mereka untuk lebih mendekati rakyat melalui agenda sukan.

MMP 2011 dianjurkan oleh Twenty First Century Sports dan didokong sepenuhnya oleh Perba- danan Putrajaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (FTAAA) dan Kesa- tuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

“BSN berasa bangga untuk menjadi penaja rasmi MMP 2011. Ia menyediakan peluang kepada kami untuk mempromosikan produk-produk yang ditawarkan oleh BSN selain bertindak sebagai medan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat,” kata Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Hasan Mohamed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media semalam.

Menurutnya, pihak BSN bersama-sama Twenty First Century Sports menggalakkan semua orang daripada amatur sehingga kumpulan pelari profesional untuk sama-sama tampil memeriahkan MMP 2011.

“BSN sedar bahawa sukan merupakan saluran terbaik untuk mendekatkan diri dengan semua golongan masyarakat,” tambahnya.