Anak HIV terbela di KBNAB


NORLINA (kanan) memberikan Hatika dan Zainuddin (kiri) makanan tambahan di rumah KBNAB, Bukit Cheras Baru, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – “Saya tidak sedih walaupun menghidap HIV kerana ada mama yang sayang dan jaga saya.

Demikian luahan Siti Noor Hatika Abdul Rahman, 14, yang merupakan penghidap HIV sejak berumur lima tahun dan kini menjadi anak angkat kepada Norlina Alawi yang juga Presiden merangkap Pengerusi Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB).

Siti Noor Hatika merupakan anak kepada pasangan penagih dadah yang telah meninggal dunia akibat penyakit AIDS.

Pada mulanya, Siti diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim kerana ahli keluarga terdekat enggan membelanya selepas disahkan HIV positif.

Dia yang mempunyai seorang abang, Mohd. Sabri, 16, yang turut tinggal di KBNAB meluahkan perasaan gembira kerana berpeluang menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat yang lain.

“Dahulu, sewaktu sekolah rendah selalu rakan-rakan ejek saya malah guru-guru pun ada yang tidak mahu salam,” katanya yang sering menangis sewaktu pulang dari sekolah.

Namun kini semuanya sudah berakhir walaupun stigma jijik pada mata masyarakat tidak pernah padam, Hatika atau nama manjanya Mak Jang kini semakin bahagia bersama keluarga besarnya itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.