Keluarga punca anak obesiti

KUALA LUMPUR - Pakar Pemakanan Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia, Dr. Shariza Abd. Razak berkata, antara punca obesiti yang berlaku ke atas kanak-kanak adalah disebabkan oleh gaya hidup mewah keluarga yang sering membeli makanan daripada memasak sendiri.

"Jika dahulu, kebanyakan ibu yang tidak bekerja mempunyai masa mencukupi untuk menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang untuk anak-anak.

"Keadaan sekarang agak berbeza kerana kebanyakan ibu bekerja walaupun ada yang sempat menyediakan hidangan keluarga, tetapi jumlahnya amat kurang dan makanan selalunya ringkas dan mungkin tidak seimbang," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.