Muka baharu pilihan Kim Swee


SYAZWAN (depan) dan Kok Luen antara muka baharu yang berjaya memikat hati Kim Swee.


KERJA rumah pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indone- sia, November depan telah pun bermula kelmarin.

Seramai 21 pemain difahamkan telah mula 'memanaskan badan' di Wisma FAM, Kelana Jaya termasuk lima muka baharu, See Kok Luen (Kuala Lumpur), Abdul Aziz Ismail (Kelantan), Mohd. Syazwan Roslan (Perak), dan dua tonggak Felda United, Azrul Azmi dan D. Saarvindran yang turut dipanggil mengikuti sesi latihan kali ini.

Apa yang pasti, 'murid-murid' baharu itu semestinya lebih diberikan penekanan oleh Kim Swee bagi memastikan sama ada mereka layak untuk beraksi di pentas antara- bangsa ataupun tidak.

Walaupun aksi kelima-lima muka baharu itu dilaporkan cukup memberangsangkan di pentas domestik, ia masih bukan satu jami- nan untuk memikat hati Kim Swee yang pastinya mahukan barisan yang terbaik bagi menyarung jersi B-23 negara.

"Untuk permulaan awal ini, saya akan lebih fokus dengan muka-muka baharu yang dipanggil mengikuti sesi latihan berbanding pemain-pemain biasa memandangkan saya sudah masak dengan corak persembahan pemain sedia ada setakat ini.

"Pemain-pemain baharu itu akan dinilai dalam setiap aspek bagi memastikan sama ada mereka layak beraksi di peringkat antarabangsa ataupun tidak," katanya kepada Kosmo! Ahad.

Kim Swee memberitahu, penilaian tersebut turut memberikan impak terhadap kekuatan pasukannya yang akan ke Hanoi menjelang kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) selama lima hari bermula 19 Oktober ini.

Katanya, jika prestasi pemain baharu itu tidak memuaskan, tidak mustahil mereka digugurkan sebelum ke Hanoi dan tidak perlu menunggu sehingga sepak mula Sukan SEA bermula.

"Namun pada masa sama, ia bukan bermakna slot pemain sedia ada sudah terjamin ke Sukan SEA, jadi pemain sedia ada diingatkan supaya tidak mengambil mudah sepanjang sesi latihan," tegasnya.


SAARVINDRAN turut disenaraikan dalam skuad ke Sukan SEA 2011.


Mengenai fokus tertentu dalam lati- han termasuk penekanan set-piece, kata Kim Swee, ia masih terlalu awal bagi pasukannya menumpukan sepenuh perhatian mengenai perkara itu.

"Mengenai set-piece, saya akan tunggu se- ramai 13 lagi pemain yang hanya akan menyertai latihan selepas perlawanan persahabatan menentang Australia nanti. Bila semua pemain sudah ada, baru saya akan fokus, terutamanya bagaimana untuk mengendalikan serangan dan bertahan daripada sepakan percuma mahupun sepakan penjuru," jelasnya.

Antara 13 pemain yang dijangka hanya melaporkan diri minggu depan ialah Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Azmi, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asrarud- din Putra Omar.

Di Hanoi nanti, skuad B-23 negara akan membuat perhitungan dengan skuad B-23 Uzbekistan (19 Oktober), diikuti B-23 Indonesia (21 Oktober) dan B-23 Vietnam pada 23 Oktober sepanjang kejohanan yang dianjurkan secara liga sepusingan itu.

Selain misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA, anak-anak buah Kim Swee juga menggalas cabaran untuk mara lebih jauh dalam aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Zon Asia.

Mereka akan menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Novem- ber depan setelah tewas 0-2 kepada Jepun bagi aksi pembuka tirai Kumpulan C di Tosu baru-baru ini.