Dibebaskan selepas 30 tahun silap dipenjarakan


HENRY JAMES bercakap kepada pemberita selepas dia dibebaskan daripada penjara di New Orleans pada Jumaat lalu.


NEW ORELEANS, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berkulit hitam, Henry James dibebaskan pada Jumaat lalu selepas dia silap dipenjarakan selama 30 tahun.

Peguamnya memberitahu berita gembira itu pada Khamis lalu bahawa seorang hakim sudah menggugurkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya kerana kesalahan merogol.

James yang berusia 50 tahun didapati bersalah merogol seorang wanita pada 1981.

Namun, berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA), dia didapati tidak bersalah pada bulan lalu.

"Saya berasa terkejut. Selepas 30 tahun, akhirnya anda mendapat satu peluang keadilan," katanya pada satu temu bual Projek Tidak Bersalah New Orleans.

Pada Jumaat lalu, dia tidak pernah putus harapan semasa dipenjarakan.

"Anda putus harapan, anda akan hilang semuanya," katanya.

Lelaki itu menulis surat kepada pihak Projek Tidak Bersalah New Orleans bagi membantunya dibebaskan.

James ditangkap selepas seorang wanita yang dirogol menyatakan bahawa dia tidak mengenali penyerang.

Namun, wanita itu memilih James semasa proses pengecaman penyerangnya dibuat.

Tiada sebarang bukti DNA James ditemui oleh makmal jenayah Jefferon Parish dalam bukti kes merogol wanita itu.

James merancang untuk tinggal di New Orleans dengan seorang anak perempuannya.

Anak perempuannya itu berusia tiga tahun semasa dia dipenjarakan.

James berharap akan menggunakan kemahiran pertukangan kayu yang dipelajarinya semasa dipenjara untuk mendapatkan pekerjaan. - AP