Terbit bon biayai KL Metropolis


MUSTAPA melihat pelan KL Metropolis sambil disaksikan oleh SM Faisal (dua dari kanan) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kumpulan Syarikat Naza berkemungkinan menerbitkan bon untuk membiayai projek KL Metropolisnya yang bernilai RM15 bilion, kata Pengerusi Eksekutif Bersama, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

"Terdapatnya kemungkinan itu (menerbitkan bon)," katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran projek oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini semalam.

Mustapa melancarkan projek itu bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin

Nasaruddin menjelaskan, kumpulannya akan turut meninjau amanah pelaburan hartanah (REITs) untuk hartanah itu di masa hadapan tetapi pada masa ini, tiada sebarang rancangan ke arah itu.

"Kami belum mempunyai rancangan untuk itu pada masa ini tetapi lambat-laun, kami akan menelitinya," katanya.

Tambah beliau, projek yang terletak berdekatan dengan Jalan Duta dan Menara Matrade di sini itu telah menarik minat daripada para pelabur antarabangsa, tempatan dan syarikat.

"Kedua-dua pelabur antarabangsa dan tempatan berminat tetapi mereka mahu menunggu pelan induk yang kami lancarkan secara rasminya hari ini. Kami akan umumkan sebaik sahaja niaga janji ini selesai," kata Nasarudin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.