Bapa bintang siri Glee mati ditikam




MANILA, Filipina - Bapa kandung bintang pop antarabangsa dari Filipina, Charice Pempengco, (gambar) 19, yang muncul dalam siri televisyen popular di dunia, Glee ditikam sehingga mati di di selatan Manila semalam, kata pegawai polis Filipina semalam.

Seorang pegawai polis, Gilbert Cruz berkata, bapa Charice, Ricky Pempengco, 40, ditikam ketika berada di sebuah kedai di bandar San Pedro selepas dia secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki mabuk.

Lelaki mabuk itu yang berang menikam Pempengco berulang kali dengan peralatan pemecah ais di dada dan belakang badannya sehingga dia mati di tempat kejadian yang berlaku kelmarin.

Polis masih mencari suspek kes pembunuhan tersebut, kata polis tersebut.

Pegawai polis itu menawarkan ganjaran sebanyak AS$470 (RM1,466) terhadap sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkap lelaki berkenaan.

- Agensi