Rajagobal uji pemain


MANAF mohon pelepasan gara-gara kematian bapanya baru-baru ini.


SKUAD bola sepak kebangsaan berlepas ke India petang semalam tanpa kehadi- ran dua tonggak Terengganu, Abdul Manaf Mamat dan Mohamad Ashaari Samsudin.

Manaf sebelum ini mohon dilepaskan gara-gara kematian bapanya baru-baru ini, manakala Ashaari pula difahamkan minta dikecualikan kerana anaknya kurang sihat.

Dua tonggak Harimau Muda, Izzaq Faris Ramlan dan Yong Kuong Yong yang sebe- lum ini dipanggil oleh pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi menjalani latihan juga diketepikan kerana membawa cabaran negara pada tema- sya Sukan SEA kali ini.

Tempat mereka akan digantikan oleh dua tonggak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri dan Faizal Abu Bakar.

Menurut Rajagobal, beliau tidak meletakkan sasaran khusus untuk perlawanan menentang skuad muda India di bawah bimbingan Sa- vio Medeira yang baru dilantik oleh Persekutuan Bola Sepak Seluruh India sebagai jurulatih baru-baru ini.

"Saya akan menjadikan dua siri perlawanan persahabatan ini bagi menguji persefahaman pemain selain menilai muka-muka baharu sama ada mereka sesuai beraksi di peringkat antarabangsa ataupun tidak," katanya ringkas ketika dihubungi sebelum berlepas ke India petang semalam.

Penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali pula akan terbang terus dari Jakarta menjelang dua aksi persahabatan menentang India di Guwahati dan Kolkata pada 13 dan 16 November ini.

Antara 24 pemain yang di- senaraikan bagi aksi persahabatan kali ini termasuklah empat muka baharu iaitu penjaga gol Selangor, G. Jee- vanathan; pemain sayap Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah; penyerang Johor FC, Shahrizal Mohd. Saad dan pemain pertahanan pasukan UiTM, Amir Ridzwan Taj Tajudin.

Selain itu, arkitek berbakat Selangor, Safiq Rahim yang 'tercicir' dalam aksi persahabatan menentang Australia sebelum ini juga dipanggil semula Rajagobal bersama pemain-pemain lain seperti Nasriq Baharom, Sharbinee Allawee, Azmi Muslim, Abdul Hadi Yahya, Aidil Zafuan Abdul Razak, Joseph Kalang Tie dan S. Chanturu.

Perlawanan itu adalah sebahagian daripada persiapan India bagi menghadapi kejohanan dwitahunan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan pada Disember ini yang menyaksikan mereka muncul juara lima kali.

India yang kini menduduki ranking ke-160 Persekutuan Persatuan Bola Sepak Anta- rabangsa (FIFA) turut dija- dualkan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Zambia di Goa pada penghujung bulan ini.

Begitupun, Keputusan Rajagobal mengadakan dua perlawanan persahabatan di India ini dipertikaikan ramai pihak yang merasakan hanya membebankan pemain yang terpaksa mengharungi musim Liga Malaysia (Liga M) yang panjang.