Kim Swee sudah dapat ilham


KIM SWEE mempunyai strategi tersendiri untuk menghadapi Indonesia minggu depan selepas melihat persembahan pasukan Garuda itu yang menewaskan Singapura 2-0 semalam.


JAKARTA - Pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee mula mendapat gambaran awal bagi menghadapi Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno minggu depan.

Semalam, Kim Swee berkesempa- tan 'mengintai' rentak permainan Indonesia yang melakar kemenangan 2-0 ke atas Singapura.

Kemenangan itu membolehkan Indonesia kembali menerajui Kumpulan A dengan mengumpul enam mata selepas skuad Garuda itu membelasah Kemboja 6-0 pada aksi pembukaan Isnin lalu.

"Selepas dua perlawananyang dilalui Indonesia setakat ini, saya sudah dapat gambaran dan strategi yang akan digunakan ketika menen- tang mereka.

"Pada masa sama, saya akan melihat aksi Indonesia dengan Thailand, Ahad ini (esok) sebelum saya memutuskan percaturan terbaik bagi menghadapi Indonesia nanti," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata, Indonesia memiliki kekuatan di bahagian sayap dan ia menjadi senjata utama skuad Garuda itu dalam dua perlawanan yang dilalui mereka se- takat ini.

"Larian-larian deras daripada pemain sayap kiri dan kanan Indonesia cukup berbahaya. Ia akan mengundang bahaya jika tidak diberi tumpuan penuh," katanya.

Bagaimanapun Kim Swee memberitahu, beliau mahu memberi tumpuan terlebih dahulu pada pertemuan menentang Kemboja di Stadium Gelora Bung Karno esok.

"Seperti yang saya katakan sebe- lum ini, kami tidak boleh mengambil mudah aksi dengan Kemboja. Kami perlu fokus untuk mengutip tiga mata lagi bagi memburu tempat ke se- paruh akhir.

"Saya percaya, baik Indonesia mahupun Thailand, kedua-dua pasukan itu juga tidak mahu keciciran mata penting untuk mara ke separuh akhir.

"Bagi Indonesia, mereka pasti mahu memburu tempat ke separuh akhir lebih awal dengan menurunkan barisan terkuat ketika menentang Thailand, Ahad ini (esok)," ujarnya.